Seo Services

Bayaran pasport diturunkan RM200 bagi 5 tahun

Berita baik kepada mereka yang gemar melancong apabila kerajaan memutuskan menurunkan bayaran sama ada untuk membuat atau memperbaharui pasport selama lima tahun kepada RM200 daripada RM300 sebelum ini berkuat kuasa hari ini, Khamis.

Manakala bayaran pasport untuk warga emas, kanak-kanak dibawah umur 12 tahun, jemaah haji dan pelajar dibawah umur 21 tahun dan belajar di luar negara adalah sebanyak RM100.

Sebelum ini, warga emas dan pelajar yang mengikut pengajian di luar negara perlu membayar RM150 untuk pasport selama lima tahun.

Bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) pula tidak dikenakan bayaran untuk perkhidmatan tersebut.

Notis arahan terbaharu itu ditampal di luar pejabat Imigresen pada Khamis.

Sehubungan itu, dengan pengurangan kadar bayaran untuk tempoh lima tahun, pasport untuk tempoh dua tahun tidak lagi ditawarkan kepada umum.- BNBBC
Bayaran pasport diturunkan RM200 bagi 5 tahun Bayaran pasport diturunkan RM200 bagi 5 tahun Reviewed by Admin on January 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.