Seo Services

Buaya Baham Ayam Penduduk Ditangkap



BATU NIAH: Seekor buaya sepanjang lebih sembilan kaki yang dipercayai kerap membaham ayam ternakan penduduk kampung yang tinggal di tebingan Sungai Niah ditangkap awal pagi tadi.

Difaham, sepasang suami isteri terbangun dari tidur apabila terdengar bunyi bising ayam ternakan mereka lebih kurang jam 3 pagi.

Ketika memeriksa di sekeliling rumah, kedua mereka terkejut apabila tersuluh buaya tersebut yang bersembunyi dicelah parit yang berdekatan. 

Pasangan tersebut bertindak mengawasi reptilia tersebut dalam keadaan gelap kerana khuatir buaya berkenaan akan melepas diri sebelum memangggil penduduk kampung untuk menangkapnya pada sebelah pagi kemudian. - Sarawakiana
Buaya Baham Ayam Penduduk Ditangkap Buaya Baham Ayam Penduduk Ditangkap Reviewed by Salfian Nawawi on January 24, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.