Cabaran utama Kementerian Kerja Raya (KKR) pada tahun ini lebih besar kerana perlu membaiki kemusnahan akibat banjir baru-baru ini.
Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, banyak jalan raya, jambatan dan kemudahan awam yang musnah atau rosak dan dinilai serta dibaiki.
Katanya, kementerian dijangka membelanja jutaan ringgit bagi kerja-kerja baikpulih kerosakkan berkenaan termasuk cerun dan jalan-jalan di bawah selenggaraan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Bercakap pada perhimpunan bulanan kementeriannya, Fadillah berkata, seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, keutamaan kerajaan pada tahun ini adalah untuk melaksanakan pemulihan akibat banjir.
Ia termasuk infrastruktur, premis perniagaan dan kediaman yang musnah berasaskan pembangunan lebih mesra alam.
Sehubungan itu, beliau mahu semua ketua jabatan terutama teknikal memastikan kerja-kerja pembaikan infrastuktur disegerakan dengan mematuhi standard dan kualiti.
Dalam pada itu katanya, banjir luar biasa kali ini juga membawa hikmah dengan ujud kesatuan dan perpaduan yang utuh bagi mendepani cabaran tersebut.
Beliau mengucapkan syabas kepada team Mercy KKR dan JKR yang bertungkus lumus menghantar bantuan kemanusiaan ke negeri-negeri di Pantai Timur ketika banjir bermula Disember lalu.
Sementara itu katanya, sepanjang 2014, 241 projek pembangunan dilaksanakan dgn peruntukan RM3.74 bilion.
Sehingga 31 Dec 2014, prestasi perbelanjaan adalah 99.6% da& 54 projek dibwh KKR siap sepenuhnya. - BNBBC
Cabaran Kementerian Kerja Raya lebih besar ekoran banjir
Reviewed by Admin
on
January 22, 2015
Rating:
Jalan TransBorneo tetap berjalan dgn cepat.Peruntukan jgn di tarek balek.
ReplyDelete