Seo Services

Enam Anggota "Geng Black" Ditahan Polis


DUNGUN: Polis menahan enam anggota 'Geng Black' termasuk seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang terbabit dalam jenayah pecah rumah ditahan polis dalam satu serbuan di Taman Seri Intan, Batu 6, Dungun di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, berkata penahanan suspek yang memang dikehendaki polis itu turut membabitkan nilai rampasan sebanyak RM30,000.

Beliau berkata, enam suspek berusia antara 19 hingga 29 tahun dikehendaki polis sejak pertengahan Jun lalu.

"Semua suspek dipercayai aktif melakukan kejadian pecah rumah sejak Jun lalu dan semakin aktif sejak November lalu.

"Siasatan masih dijalankan dan kita masih menyiasat pembabitan mereka dalam kes pecah rumah yang lain.

"Namun, kita percaya dengan penahanan kumpulan ini, kita berjaya menyelesaikan sebanyak 22 kes pecah rumah di Dungun dan Paka, " katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, hari ini.-BH

Enam Anggota "Geng Black" Ditahan Polis Enam Anggota "Geng Black" Ditahan Polis Reviewed by Unknown on January 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.