KUCHING: Statistik jenayah daerah Kuching bagi tahun 2014 telah mencatatkan penurunan jika dibandingkan dengan tahun 2013.
Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad berpuas hati kerana IPD Kuching masih dapat mengekalkan kejayaan 4 tahun berturut-turut dalam memastikan penurunan kes jenyah Indeks bagi IPD Kuching.
“Kejayaan yang diperolehi ini bukannya boleh dicapai secara mudah kerana ianya adalah hasil dari ketabahan dan kegigihan semua peringkat pegawai polis walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran, kesukaran, kekangan, serta halangan dalam melaksanakan tugas.”
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Perhimpunan Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching Siri Pertama buat tahun ini di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching di Simpang Tiga di sini pagi tadi.
Mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang memberi sumbangan, komitmen dan berusaha keras dalam menurunkan kadar jenayah indeks di daerah Kuching, Roslan menambah, ia bukanlah satu tugas yang mudah namun mereka telah berjaya melakukan bersama-sama dengan semangatpasukan yang tinggi.
“Saya berharap usaha-usaha ini tidak berhenti di sini, malah perlu diteruskan lagi bagi menentukan jenayah indeks ditahap yang rendah agar masyarakat di daerah Kuching dapat menjalankan kehidupan harian dalam keadaan yang selamat, amat aman dan tenteram selari dengan motto pasukan iaitu ‘Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami,” katanya lagi.
Roslan menyeru semua warga kerja IPD Kuching tidak kira pangkat, jawatan dan juga latarbelakang supaya sentiasa memberikan kerjasam di samping juga member komitmen yang tinggi dalam usaha-usaha membenteras jenayah.
Dalam majlis tersebut Roslan juga menyampaikan sijil penghargaan yang menunjukan prestasi kerja cemerlang kepada 17 orang anggota dan orang awam. - Sarawakiana
Indeks Jenayah Kuching Tahun 2014 Menurun
Reviewed by uMieySurianie
on
January 29, 2015
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
January 29, 2015
Rating:

No comments: