Seo Services

Individu Tak Dikenali Lepaskan Tembakan Di Sibu, Sarawak



SIBU: Polis kini sedang menyiasat motif seorang individu yang belum dikenalpasti identitinya yang telah melepaskan tembakan rambang ke arah sebuah bangunan hotel di pusat bandar Sibu, Sarawak semalam.

Sumber Sarawakiana menyatakan, seorang penyelia keselamatan bangunan tersebut telah dimaklumkan oleh pekerjanya mengenai beberapa kesan kerosakan pada bangunan tersebut lebih kurang jam 8 pagi.

Terdapat enam kesan dipercayai bekas terkena tembakan pada cermin kedai pada bangunan hotel itu manakala tiga kesan tembus pada pokok berdekatan jalan utama berdekatan dengan premis berkenaan, kata sumber tersebut lagi.

Berdasarkan pellet peluru yang ditemui di tempat kejadian, polis percayai individu tersebut telah melepaskan tembakan mengunakan senapang patah.

Kes di siasat di bawah Sekyen 39 Akta Senjata 1960 iaitu melepaskan tembakan bukan dilapang sasar dan sehingga berita ini ditulis, tiada tangkapan dibuat berkaitan dengan kes ini. - Sarawakiana
Individu Tak Dikenali Lepaskan Tembakan Di Sibu, Sarawak Individu Tak Dikenali Lepaskan Tembakan Di Sibu, Sarawak Reviewed by Salfian Nawawi on January 31, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.