Seo Services

Jalan Runtuh: Beberapa Kampung Di Padawan, Kuching Terputus Hubungan

 
KUCHING:Beberapa kampung di Jalan Puncak Borneo, Padawan terputus hubungan jalan raya berikutan kejadian tanah runtuh berdekatan Kampung Pangkalan Ampat semalam.

Menurut penduduk di situ, kejadian berlaku ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lepas menyebabkan keseluruhan  jalan raya di kira-kira 60 kilometer dari pusat bandar raya itu runtuh sejak awal pagi lagi.

Justeru, penduduk dari hampir 10 kampung yang terjejas terpaksa  menggunakan jalan raya lain yang difahamkan turut mengalami kerosakan dan banjir kilat.

“Jalan raya ini terputus dari awal pagi tadi (semalam) disebabkan oleh hujan lebat sejak beberapa hari lepas yang  menyebabkan tanah runtuh.

“Beberapa jalan raya lain yang menghubungkan kami dengan kawasan lain turut mengalami kerosakan akibat tanah runtuh dan banjir kilat,” katanya.

Antara kampung yang terjejas ialah Kampung Annah Rais, Kampung Simuti, Kampung Sadir dan Kampung Semeru.

Difahamkan sehingga berita ini ditulis semalam, keadaan jalan raya tersebut bertambah teruk dan belum ada sebarang bantuan disalurkan.

Sementara itu, beberapa jalan utama yang menghubungkan beberapa kampung di sepanjang Jalan Puncak Borneo turut mengalami banjir.

Tinjauan Utusan Borneo di sekitar kawasan tersebut mendapati paras air meningkat dengan mendadak sehingga paras 6 kaki.

“Banjir dari semalam (kelmarin) tapi sehingga pagi tadi (semalam) kenderaan masih dapat melaluinya sebelum paras air semakin meningkat dan berbahaya,” kata penduduk di Kampung Giam. - UB


Jalan Runtuh: Beberapa Kampung Di Padawan, Kuching Terputus Hubungan Jalan Runtuh: Beberapa Kampung Di Padawan, Kuching Terputus Hubungan Reviewed by Salfian Nawawi on January 20, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.