Kuala Lumpur: Bakteria listeriosis yang dikesan dalam epal jenis Granny Smith dan Gala dari California, Amerika Syarikat (AS) mencetuskan kebimbangan berikutan dakwaan pakar ia boleh merebak kepada buah lain.
Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Son Radu, berkata penyebaran boleh berlaku dalam beberapa keadaan, termasuk jika epal tercemar itu diletakkan bersama atau berhampiran buah lain.
Katanya, semua jenis buah yang disimpan dalam bekas penyimpanan epal tercemar turut terdedah kepada penyebaran sel bakteria itu.
Tersebar melalui air
Selain itu, sel bakteria juga boleh tersebar kepada buah lain yang terkena air digunakan untuk menyiram epal tercemar. - BH
Kes Epal Beracun: Bakteria Mudah Merebak
Reviewed by uMieySurianie
on
January 20, 2015
Rating:
No comments: