Seo Services

Jambatan Sungai Bentong Dibuka Semula Hari Ini


KUALA LUMPUR: Laluan Bentong-Raub di Jambatan Sungai Bentong yang ditutup sejak 11 Januari lalu akibat mendapan, dibuka semula kepada pengguna jalan raya, pagi tadi.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, laluan itu dibuka semula pada 11 pagi tadi selepas kerja pembaikan menggunakan kaedah menaman cerucuk keping dan pembinaan semula 'approach slab' selesai.

"Laluan itu kini disahkan selamat dan dibuka semula kepada pengguna jalan raya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Penutupan jambatan itu sebelum ini dibuat berikutan mendapan serius pada penampan jambatan disebabkan arus deras Sungai Bentong yang menghakis tebing sungai. - BERNAMA
Jambatan Sungai Bentong Dibuka Semula Hari Ini Jambatan Sungai Bentong Dibuka Semula Hari Ini Reviewed by Unknown on January 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.