KUCHING: Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching memohon bantuan orang ramai untuk mengesan Puan Sofiah Abdul Hamid yang merupakan ibu kepada seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang bernama Muhammad Syafie Alfian Abdullah.
Menurut sumber, ibu kanak-kanak berkenaan berasal dari Melaka dan dipercayai pernah menetap di alamat terakhir No. 17, Kampung Cemerlang, di sini.
Muhammad Syafie diletakkan di bawah penjagaan Rumah Kanak-Kanak Kuching, di bawah perintah Seksyen 30(1)d dan Subseksyen 30(8) Akta Kanak-Kanak 2001 dan telah berada di rumah berkenaan sejak 3 tahun lalu iaitu dari 8 September 2011 hingga 7 September 2014.
Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching telah berusaha mengesan ibu kanak-kanak tersebut sejak 2013 dan kali terakhir mereka bersama ialah pada penghujung 2012.
Sejak itu, tiada khabar daripada ibunya dan Muhammad Syafie dikhuatiri menjadi mangsa pengabaian kanak-kanak oleh ibu bapa.
Sehubungann itu, kanak-kanak tersebut akan terus berada di bawah penjagaan sementara Rumah Kanak-Kanak Kuching sehingga pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching dapat menyediakan satu laporan berkaitan kanak-kanak malang tersebut.
Oleh yang demikian, kerjasama semua pihak adalah diharapkan bagi menemukan semula ibu kepada Muhammad Syafie Alfian Abdullah.
Sebarang maklumat lanjut berhubung perkara ini bolehlah dikemukakan kepada Pelindung dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching, Suliana Jeryin di talian 082-444251.
JKM Kuching Mohon Bantuan Mengesan Ibu Kepada Adik Syafie Alfian
Reviewed by Unknown
on
January 15, 2015
Rating:
No comments: