Kabinet Sarawak hari ini menjadi kerajaan negeri pertama di Malaysia, yang menandatangani ikrar integriti.
Ikrar integriti yang ditandatangani oleh barisan kabinet negeri Sarawak menunjukkan ketelusan kerajaan negeri mengenai perkara ini.
Ketua Menteri Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem berkata beliau memandang serius pematuhan ikrar tersebut bagi memastikan Sarawak ditadbir secara ikhlas dan jujur untuk rakyat negeri ini.
Jelasnya ikrar integriti ini merupakan langkah pertama dalam menangani gejala rasuah dan semua pihak yang telah menandatangani ikrar integriti diingatkan agar menghormati ikrar tersebut.
Ketua Menteri bercakap dalam sidang media selepas majlis menandatangani ikrar integriti barisan kabinet Sarawak di Wisma Bapa Malaysia pagi tadi.
Beliau turut menjelaskan ikrar tersebut bukan sekadar pertunjukkan dan pihak yang mempersoalkan dan sinis, diminta agar tidak terlalu cepat menilai usaha murni kerajaan ini.
Sebagai permulaan ikrar, barisan kabinet negeri perlu membuat pengisytiharan harta kepada ketua menteri secepat mungkin dan ketua menteri sendiri telah mengisytiharkan hartanya kepada perdana menteri.
Majlis bacaan dan menandatangani Ikrar intgeriti diketuai Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, dan disertai semua menteri dan menteri muda kabinet negeri Sarawak, kecuali Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua, yang kini berada di luar negara.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan yang menghadiri majlis tersebut merasa teruja dengan usaha kerajaan Sarawak ini berkata ianya menunjukkan kesungguhan dan komitment politik Sarawak yang serius berkhidmat untuk rakyat.
Tambahnya beliau akan mengesyorkan kesungguhan Sarawak ini kepada kabinet pusat kerana Sarawak merupakan contoh terbaik.
Majlis yang berlangsung di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya Kuching pagi tadi disaksikan oleh Timbalan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Haji Mustafar Haji Ali.
Terdahulu, barisan kabinet tersebut menghadiri taklimat SPRM yang disampaikan oleh Datuk Haji Mustafar Ali. - Sarawakiana
Kabinet Sarawak Tandatangan Ikrar Integriti
Reviewed by Salfian Nawawi
on
January 15, 2015
Rating:
No comments: