SIMUNJAN: Keadaan banjir di kawasan Simunjan adalah terkawal dan hanya satu pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir yang telah dibuka setakat hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hajah Nancy Shukri berkata, pusat pemindahan tersebut adalah di SMK Simunjan No 1 yang menempatkan 60 orang daripada 21 buah keluarga dari Kampung Simunjan Jaya/Tebang yang terjejas akibat banjir.
"Cuaca di kawasan Simunjan setakat (tengahari) ini tidak hujan namun begitu saya telah mengingatkan agar penduduk berjaga-jaga untuk menghadapi fenomena "kingtide" (air pasang) yang dijangka tinggi pada ketinggian air 6.3 meter berlaku pada hari ini dan esok."
Nancy, yang juga Ahli Parlimen Sadong dihubungi Sarawakiana selepas mengadakan lawatan beliau ke pusat pemindahan tersebut.
Dalam lawatan ke kawasan-kawasan yang terjejas banjir pagi tadi, Nancy telah diiringi oleh pelbagai wakil agensi yang berkaitan agar melihat sendiri situasi di sana agar mereka tahu apakah tindakan yang seharusnya diambil ketika menghadapi musibah banjir.
Antara kawasan terjejas banjir yang dilawati Nancy hari ini adalah Kampung Sual, Kampung Keniong, Kampung Gumpey, Kampung lot Baru dan Gedong.
Berikut adalah nombor-nombor talipon yang boleh dihubungi penduduk sekitar Simunjan sekiranya menghadapi banjir:
Pejabat Daerah Simunjan - Haji Jamalie - 0138204371, Danny - 0178555280/0172288447, Patricia - 0148828129, Ajis (Sebuyau) - 0138368266, Wilfred - 0194860003, Mahmud - 0148488237 dan Maharthir - 0148878467. - Sarawakiana
Keadaan Banjir di Simunjan Terkawal
Reviewed by Salfian Nawawi
on
January 22, 2015
Rating:
No comments: