KUCHING: Kerajaan negeri memuji sokongan dan bantuan rakyat Sarawak yang prihatin menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah bagaimanapun berharap setiap bantuan yang dihulurkan melalui saluran yang betul.
“Rakyat Sarawak patut diberi pujian kerana sentiasa menghulurkan bantuan walaupun dipisahkan dengan Laut China Selatan kepada saudara di sana (merujuk kepada Semenanjung Malaysia) tanpa mengira bangsa dan agama.
“Ia seperti memberi mesej bahawa bantuan akan sentiasa dihulurkan kepada mereka pada waktu memerlukan dan lebih banyak kempen amal boleh dijalankan di sini pada skala yang lebih besar,” katanya ketika menghadiri majlis ‘An Evening of Prayer and Love’ di Godown
Amphitheatre Tebingan Kuching petang Ahad lalu.
Acara itu diadakan bertujuan memberi ucapan takziah dan memberkati mangsa banjir dan mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 disertakan dengan tajaan serta sumbangan daripada pelbagai organisasi dan individu yang hadir.
Kelab Mirage Sarawak berjaya mengumpulkan sejumlah RM41,870 dalam tempoh 10 hari yang telah diserahkan kepada Yayasan Buddha Tzu Chi melalui wakilnya di Kuching Seau Horng untuk diberikan kepada mangsa banjir di Semenanjung Malaysia.
Pada majlis itu juga, Pengerusi Majlis Datin Amar Kathryn Wee mengucapkan penghargaan kepada tujuh organisasi yang memberi sumbangan iaitu Kelab Mirage Sarawak, Persatuan Alumni Chung Hua Middle School No.1 Kuching, The Dance Academy Kuching, Kenwy Music & Art Academy, The Talent & Art Performing Centre, Miya Dance Studio dan Tyng Dance Academy. - UB
Kerajaan Negeri Puji Keprihatinan Rakyat Sarawak Kepada Mangsa Banjir Di Semenanjung
Reviewed by uMieySurianie
on
January 13, 2015
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
January 13, 2015
Rating:

No comments: