SIBU: Pencuri kereta tampak semakin pintar mengintai sasaran apabila melarikan pelbagai komponen sebuah kereta Proton Saga baharu di stor penyimpanan kereta baharu di Jalan Ipoh, Persiaran Brooke di sini semalam.
Insiden itu disedari dua pekerja sebuah syarikat pengedar kereta Proton di sini sekitar jam 10 pagi semalam ketika mereka mengambil kereta baharu di situ.
Semasa cuba membuka pagar stor berkenaan, mereka mendapati mangga gagal dibuka sekali gus memaksa mereka memanjat masuk ke kawasan terbabit.
Apabila memeriksa keadaan di situ, mereka terkejut mendapati sebuah kereta Proton Saga baharu yang belum didaftarkan, dileraikan bahagian-bahagiannya.
Antara bahagian yang dilerai pencuri ialah dua tayar serta rim depan, penutup bonet depan, bampar depan, dua ‘absorber,’ stereng, empat pintu, bahagian ‘fender’ kiri dan kanan, karpet, tempat duduk depan dan belakang, satu set lampu depan, radiator dan kipas.
Menurut pengadu, stor penyimpan kereta tersebut berada dalam keadaan baik kali terakhir mereka pergi ke situ pada Jumaat lalu.
Pengadu kemudiannya tampil membuat laporan polis di Balai Polis Sentral pagi semalam. - UB
Kereta Proton Saga Baharu Habis Dilerai
Reviewed by Salfian Nawawi
on
January 15, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
January 15, 2015
Rating:
_(Campro_1.3_engine).jpg)
No comments: