Berikutan dengan kes penahanan bekas Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar di Queensland hari ini oleh polis Australia,tela disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Difahamkan, Sirul telah ditahan di pusat tahanan Imigresen negara itu dan beliau menyatakan akan menghubungi pihaknya di Australia hari ini bagi mendapatkan maklumat lanjut ketika dihubungi sepertimana dipetik dari akhbar tempatan BH.
"Dia sedang ditahan di pusat tahanan Imigresen negara itu.
Terdahulu agensi berita ABC News melaporkan, Sirul, 43, diletakkan dibawah jagaan pegawai Imigresen di Brisbane semalaman selepas Interpol mengeluarkan notis merah terhadapnya.
Notis merah Interpol bermaksud usaha mencari serta menangkap individu yang dikehendaki tersebut akan dilakukan oleh suatu bidang kuasa kehakiman atau tribunal antarabangsa, dengan tujuan untuk mengekstradisi.
Baca: Sirul Azhar Umar Ditahan Di Australia
Minggu lalu dilaporkan bahawa polis akan bekerjasama dengan Interpol untuk memburu Sirul, selepas satu permohon ekstradisi akan difailkan kepada negara berkenaan.
Sirul dipercayai pergi ke Australia pada Oktober tahun lalu.
Namun, dia dikatakan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang ke Malaysia bagi menghadapi hukuman itu.
Sirul dan bekas cif inspektor, Azilah Hadri dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Altantuya pada 2008.
KPN Sahkan Penahanan Sirul Di Queensland
Reviewed by Unknown
on
January 21, 2015
Rating:
No comments: