KUALA LUMPUR: ‘Sekeras-keras
batu’ pendirian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam soal penggantungan
Gary Steven Robbat, masih ada kelembutan yang ditunjukkan oleh badan induk bola
sepak berkenaan.
Walaupun FAM mempunyai
kuasa menghalang Gary berlatih bersama kelab terkemuka Jerman, Borussia
Dortmund dalam tempoh tiga bulan penggantungan, namun mereka tidak berhasrat
untuk memanjangkan isu itu kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan
Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).
Pengerusi Jawatankuasa
Status, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata, mengikut peraturan, pemain yang
digantung oleh FAM tidak boleh terlibat dengan mana-mana pasukan di seluruh
dunia kerana FAM bernaung di bawah FIFA.
Namun dalam hal Gary,
FAM mahu bersikap rasional demi kebaikan karier pemain negara itu, sambil
mengakui, sudah cukuplah dia hanya dihukum dalam Liga Malaysia.
Malah, sehingga hari
ini, Takiyuddin mengakui, FAM tidak pernah berhasrat untuk membuat aduan kepada
FIFA dan AFC selepas menggantung atau mendenda mana-mana pemain.
“Jika FAM menjatuhkan
hukuman ke atas pemain dalam Liga Malaysia, perkara itu memang 100 peratus
terpakai sehingga ke luar negara (liga ahli-ahli gabungan FIFA).
“Cuma, bagi
menguatkuasakan luar dari Malaysia, kami kena dapat kebenaran AFC dan FIFA
serta memaklumkan mereka terhadap kes penggantungan untuk mana-mana pemain.
“Namun, kami masih mempunyai
budi bicara untuk menguatkuasakan hukuman ini sama ada dalam sahaja atau
sehingga ke luar negara, sehingga hari ini, kes-kes yang kami putuskan memadai
sahajalah untuk saingan Liga Malaysia.
“FAM tiada halangan jika
Gary mahu berlatih di sana (Borussia Dortmund) dan itu terpulang kepada pihak
yang mahu membawanya,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.
Facebook rasmi Johor
Darul Ta’zim, JOHOR Southern Tigers semalam melaporkan, Gary akan menjalani
latihan bersama naib juara Bundesliga, Borussia sepanjang penggantungannya.
Pemain berusia 23 tahun
itu digantung tiga bulan selepas bersalah menandatangani kontrak dengan dua
pasukan, JDT dan Pahang. - UO
Gary Bebas Berlatih Di Jerman
Reviewed by MRJ | Mr. Januarius Tomek
on
January 27, 2015
Rating:
Reviewed by MRJ | Mr. Januarius Tomek
on
January 27, 2015
Rating:

No comments: