Seo Services

Lelaki Mati Lemas Tersangkut Dalam Saluran Air



Seorang warga Indonesia berusia 31 tahun mati lemas dipercayai tersangkut didalam saluran air kolam menternak ikan di Jalan Lama Bau-Kuching petang semalam.

Sarawakiana difahamkan 12 anggota Bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bau, Batu Lintang dan Kuching dikejarkan ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan lebih kurang jam 6:30 petang.

Pasukan bomba tersebut terpaksa menggunakan jentera Jengkaut untuk mengorek tanah bagi mengeluarkan mangsa yang tersangkut dalam lubang sebuah syarikat swasta.

Mayat mangsa hanya berjaya dikeluarkan dari saluran air tersebut pada jam 11:30 malam dan disahkan meninggal dunia. - Sarawakiana
Lelaki Mati Lemas Tersangkut Dalam Saluran Air Lelaki Mati Lemas Tersangkut Dalam Saluran Air Reviewed by Salfian Nawawi on January 25, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.