Seo Services

Letupan Gas Di Hospital Mexico, Tiga Terbunuh

gambar hiasan

BANDARAYA MEXICO: Letupan trak gas memusnahkan hospital bersalin Bandaraya Mexico, menyebabkan dua bayi dan seorang jururawat terbunuh dan berpuluh lagi cedera manakala puluhan ibu bergegas menyelamatkan bayi masing-masing yang baru lahir ketika bangunan mula runtuh.

Ratusan anggota penyelamat, termasuk yang membawa anjing pengesan, menggali runtuhan Hospital Bersalin dan Kanak-kanak di Cuajimalpa selepas kejadian letupan itu biarpun pihak berkuasa berharap tiada sesiapa yang terperangkap.

"Masih terngiang-ngiang tangisan bayi di bawah runtuhan itu dan jeritan rakan setugas," kata Ivonne Ortega, jururawat yang cedera ketika membantu memindahkan bayi yang baru lahir.

Setiausaha Kesihatan Bandaraya Mexico, Armando Ahued, berkata seorang jururawat dan bayi terbunuh di tempat kejadian manakala seorang bayi meninggal dunia akibat kecederaan di hospital lain.-BH
Letupan Gas Di Hospital Mexico, Tiga Terbunuh Letupan Gas Di Hospital Mexico, Tiga Terbunuh Reviewed by Unknown on January 30, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.