KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Sabah dan Sarawak petang ini semakin baik apabila jumlah mangsa terus mencatat penurunan manakala di Kelantan jumlah mangsa tidak berubah.
Di SABAH, jumlah mangsa terus menurun kepada 614 orang berbanding 682 orang tengah hari tadi dan di Sarawak jumlah mangsa menurun kepada 1,099 orang daripada 1,587 orang manakala Kelantan kekal, 255 orang. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Beaufort berkata kesemua mangsa daripada 179 keluarga masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu satu di Beaufort dan dua di Membakut.
"Di Membakut, jumlah mangsa yang direkodkan petang ini ialah 603 orang manakala di Beaufort 11 orang," katanya.
Sementara di SARAWAK, Majlis Keselamatan Negara (MNK) berkata Bahagian Samarahan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 490 mangsa, Limbang(460), Mukah (66) dan Miri (83).
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan berkata kesemua mangsa membabitkan 62 keluarga masih ditempatkan di lapan pusat pemindahan di Kuala Krai ekoran rumah mereka hanyut atau rosak teruk akibat banjir yang berlaku bulan lalu.- BERNAMA
Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Terus Menurun
Reviewed by Unknown
on
January 25, 2015
Rating:
No comments: