Seo Services

Nelayan Dinasihat Jangan Ceroboh Perairan Negara Jiran


Nelayan Malaysia dinasihatkan tidak menceroboh perairan laut negara lain dan memberikan alasan tidak tahu di mana sempadan perairan negara

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setiap kapal nelayan laut dalam yang menangkap ikan di zon C2 iaitu lebih daripada 30 batu nautika dari pesisir pantai negara dilengkapi sistem pengesanan global (GPS).

Katanya, alasan itu tidak dapat diterima kerana GPS akan memberikan amaran sekiranya melepasi sempadan perairan negara. .

Menurut beliau, Malaysia juga marah apabila perairan negara diceroboh nelayan asing kerana tindakan tersebut menjejaskan pendapatan dan hasil tangkapan nelayan tempatan.

“Jadi, sekiranya kita marahkan nelayan-nelayan luar menceroboh negara kita, maka saya nasihatkan nelayan-nelayan kita jangan menceroboh perairan negara luar,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Ismail Sabri berkata kapal diletupkan pihak berkuasa Indonesia baru-baru ini telah menceroboh sempadan negara luar sejauh enam batu nautika.

Kapal nelayan itu yang mengibarkan bendera Malaysia ditenggelamkan pihak berkuasa Indonesia selepas didapati bersalah menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram.

Menurut Ismail Sabri berkata setiap negara mempunyai undang-undang masing-masing apabila ada kapal menceroboh perairan mereka.

“Namun, cara pelupusan di setiap negara adalah berbeza. Di Malaysia, kita gunakan cara yang lebih diplomasi, kita tebuk bot dan karamkan untuk dijadikan tukun tiruan. Indonesia, mereka memilih untuk letupkan,” katanya.

Ismail Sabri mengingatkan bahawa Indonesia sangat tegas dalam hal berkenaan kerana republik itu sudah mengharamkan penggunaan pukat tunda.

“Jadi, jika kapal kita masuk perairan negara berkenaan, mereka akan mengambil tindakan tegas kerana merosakkan sumber perikanan negara itu,” katanya.-bnbbc


Nelayan Dinasihat Jangan Ceroboh Perairan Negara Jiran Nelayan Dinasihat Jangan Ceroboh Perairan Negara Jiran Reviewed by Unknown on January 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.