KUALA LUMPUR: Musrsyidul Am PAS disahkan menghidap kanser prostat sejak sekian lama namun penyakit itu mampu dikawal oleh doktor.
Perkara itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu, Nik Mohamad Abduh dalam satu kenyataan.
Menurutnya, setakat hari ini, keadaan ayahnya menunjukkan reaksi yang lebih baik dan stabil sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
“Bagaimanapun, doktor menyatakan ayahanda perlukan rawatan rapi untuk pemulihan lebih baik.
“Ayahanda mengidap kanser prostat yang dikesan sejak sekian lama tetapi rawatan berterusan oleh para doktor telah berjaya mengawalnya. Terima kasih kepada pihak hospital yang telah dan sedang memberikan yang terbaik,” katanya.
Dalam masa yang sama, dia turut menyatakan bahawa mereka yang ingin melawat ayahnya perlu mengikut prosedur yang ditentukan oleh pihak hospital dan dipersetujui oleh pihak keluarga.
Nik Mohamad Abduh turut menguucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan ayahnya
“Terima kasih juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan untuk kesihatan ayahanda,” katanya. - RakyatPost
Nik Aziz Alami Kanser Prostat
Reviewed by Salfian Nawawi
on
January 21, 2015
Rating:
No comments: