Lawatan ADUN Tupong Datuk Haji Daud Abdul Rahman di Pusat Pemindahan Dewan Tupong semalam |
PBB Tupong dan Petra Jaya telah menggerakkan jenteranya dalam mempersiapkan bantuan-bantuan bagi penduduk yang terjejas banjir di kawasan DUN Tupong dan Parlimen Petra Jaya.
Menteri Muda Hal Ehwal Islam Di Pejabat Ketua Menteri Datuk Haji Daud Abdul Rahman berkata, ahli petugas banjir PBB Tupong dan Petra Jaya telah mengerahkan tenaga membantu penduduk terjejas banjir sejak beberapa hari kebelakangan ini.
"Selain dikerahkan membuat persiapan seperti keperluan asas di pusat pemindahan bagi penduduk terjejas banjir, PBB Tupong dan Petra Jaya juga telah turun ke padang membantu memindahkan mangsa pada peringkat banjir."
Daud, yang juga ADUN Tupong dihubungi Sarawakiana selepas melawat penduduk terjejas banjir di Dewan Kampung Tupong, Petra Jaya, Kuching pagi tadi.
"Alhamdullillah, cuaca di Kuching hari ini agak baik (tiada hujan) berbanding sebelum ini dan kami berharap paras air akan surut seperti sediakala agar penduduk dapat kembali ke rumah masing-masing."
Difahamkan, Daud juga telah membuat tinjauan di pusat pemindahan yang sama sebelum itu pada malam semalam.
Tinjauan Sarawakiana sebentar tadi di Pusat Pemindahan Dewan Tupong mendapati seramai 609 penduduk terjejas banjir melibatkan 178 keluarga yang direkodkan sehingga jam 2 pagi tadi masih berada di sana.
Mangsa terdiri dari 82 keluarga dari Tupong Tengah, 85 keluarga dari Tupong Jaya dan 11 keluarga dari Tupong Hulu yang rumah mereka telah terjejas akibat banjir.
Ketua Kaum Haji Amin Mohd Shah ketika ditemui Sarawakiana, setakat jam 12 tengahari tadi, tiada penambahan bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan berkenaan. - Sarawakiana
PBB Tupong Dan Petra Jaya Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir
Reviewed by Salfian Nawawi
on
January 20, 2015
Rating:
No comments: