Seo Services

Pekerja Buruh Jumpa Bom Dan Peluru


GEORGE TOWN: Oleh kerana mempunyai perasaan ingin tahu yang terlalu tinggi, seorang pekerja buruh menemui beberapa unit bom tangan dan magazin peluru hidup dalam sebuah beg kain yang ditemuinya.

Pekerja itu yang sedang membaiki sistem penyaman udara di sebuah unit rumah kedai di Jalan Tun Dr Awang pada jam 9 malam tadi, terus membuat laporan polis.

Shamsudin Susan, 62, memberitahu The Rakyat Post, bahawa itu adalah pengalaman paling menakutkan dalam hidupnya kerana pertama kali menemui bom tangan dan peluru.

“Bayangkanlah betapa takutnya saya waktu itu kerana saya menemukan beg kain berisi bahan letupan itu satu jam sebelum mula kerja dan saya pula mengangkat beg berat itu dan mencampakkannya atas meja hingga berbunyi. Syukur, ia tidak meletup.

“Saya bernasib baik kerana memeriksa kandungan beg itu kerana pada mulanya saya mahu membawa beg kain itu turun dari rumah kedai kawan saya di tingkat satu untuk membuangnya,” katanya.

Sekumpulan anggota polis dari unit pemusnah bom tiba di tempat kejadian. Beg itu berisi beberapa bom termasuk 70 butir peluru M16. Laporan polis dibuat di balai polis Nibong.

Ketua Polis Timur Laut Asisten Komisioner Mior Farid Alathrash Wahid yang turut berada di tempat kejadian malam tadi, mengesahkan kejadian itu.

“Kami masih melakukan siasatan dari pelbagai sudut termasuk motif sama ada bom itu ditinggalkan atau tertinggal di situ,” katanya.

Menurutnya lagi kes itu disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1972.

Dalam sidang media yang diadakan kemudian, Mior berkata bahan letupan itu akan dihantar untuk ujian balistik.

The Rakyat Post difahamkan, unit bangunan itu digunakan sebagai kedai kecantikan sebelum ini dan pernah diserbu oleh sepasukan anggota polis dari jabatan narkotik kerana terdapat aktiviti dadah.

Apabila ditanya apakah bahan letupan itu adalah tinggalan kumpulan sindiket dadah, Mior berkata kemungkinan itu ada dan pihak polis akan menyiasat perkara berkenaan. - RakyatPost
Pekerja Buruh Jumpa Bom Dan Peluru Pekerja Buruh Jumpa Bom Dan Peluru Reviewed by Salfian Nawawi on January 27, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.