Seo Services

Pemandu Parah Kereta Terhumban ke Tebing Jalan Runtuh

Keadaan kereta yang terbabit kemalangan selepas terbabas dan terhumban di tebing jalan dekat Kampung Semanok, Jalan Tatau - Bintulu pagi tadi. Pemandunya yang sedang dikenal pasti identitinya mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian - Foto NSTP




BINTULU : Seorang pemandu kereta parah selepas kenderaan dipandunya terbabas lalu terhumban ke lokasi tebing runtuh di Jalan Tatau-Bintulu berhampiran Kampung Semanok, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, kereta mangsa dipercayai terhumban lebih 5 meter dari tebing jalan yang runtuh berikutan hujan lebat.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisham Mohamad, ketika mengesahkan kejadian, berkata sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam keretanya.

"Mangsa yang sedang dikenal pasti identitinya itu mengalami kecederaan serius," katanya.

Beliau berkata, operasi mengeluarkan mangsa berdepan kesukaran kerana aliran air yang agak deras dari kawasan berhampiran yang turut melimpah ke permukaan jalan berikutan hujan lebat sejak tengah malam tadi.-BH
Pemandu Parah Kereta Terhumban ke Tebing Jalan Runtuh Pemandu Parah Kereta Terhumban ke Tebing Jalan Runtuh Reviewed by Unknown on January 26, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.