Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifat kepulangan ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak ke Rahmatullah adalah satu kenyataan yang sukar diterima oleh keluarganya, lebih-lebih lagi buat dirinya sebagai anak sulung dalam keluarga.
Baginya, Allahyarham Tun Razak bukan saja seorang sebagai pemimpin keluarga, tetapi juga seorang pemimpin negara yang banyak berjasa.
Najib berkata demikian di status akaun Facebook rasminya semalam sempena genap 39 tahun pemergian ayahandanya.
Allahyarham Tun Razak telah meninggal dunia pada 14 Januari 1976.
"Sehingga hari ini saya sentiasa ingatkan diri untuk melakukan yang terbaik agar dapat meneruskan legasi yang ditinggalkan Allahyarham Tun Razak," kata Najib lagi.
Najib juga kemudiannya telah menghadiri Majlis Tahlil Arwah Tun Razak di Masjid Ar Rahah selepas Maghrib semalam.
Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Dato' Haji Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976.
Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) (1971) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum.
Selepas permergiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan". Al-Fatihah. - Sarawakiana
Pemergian Allahyarham Tun Razak, Kenyataan Yang Sukar Diterima - Najib
Reviewed by Salfian Nawawi
on
January 15, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
January 15, 2015
Rating:


No comments: