KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada keluarga atlet paralimpik Mohammad Azlan Mat Lazim yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Ucapan takziah itu dimuatnaik menerusi akaun Twitter beliau @NajibRazak.
Pada kejadian yang dilaporkan berlaku pada 1.45 tengah hari tadi, Mohamad Azlan, 24, dikatakan membonceng motosikal bersama rakan yang juga atlet paralimpik negara, Farisan Jasna dalam perjalanan pulang dari makan tengah hari sebelum terbabit nahas itu.
Farisan, 25, dalam pada itu mengalami kecederaan patah tulang lengan kanan dan sedang menerima rawatan lanjut di hospital.
Pada temasya di Incheon, arwah meraih tiga pingat emas pada temasya itu menerusi acara 100 meter lelaki, 200 meter lelaki dan 400 meter lelaki dalam kategori kecacatan T38.
Selain itu, Mohamad Azlan juga dinobatkan pemenang Anugerah Sukan Terengganu (AST) 2013/2014 kategori Anugerah Khas Paralimpiad.
Difahamkan, arwah Mohammad Azlan Akan dikebumikan di negeri kelahirannya, Terengganu.-BH
Perdana Menteri Ucap Takziah Kepada Keluarga Atlet Paralimpik Maut Nahas
Reviewed by Unknown
on
January 25, 2015
Rating:
No comments: