Seo Services

Polis akan serah kertas siasatan Eric pada AG


Kertas siasatan berhubung kes peguam Eric Paulsen yang menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosi fahaman ekstremis akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara tidak lama lagi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh.

"Kita akan hantar secepat mungkin. Kalau boleh, kita nak hantar esok," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Mohmad berkata Paulsen dibebaskan hari ini dengan jaminan polis selepas direman dua hari.

Paulsen menerusi catatan di laman twitternya dalam bahasa Inggeris pada Jumaat lepas yang membawa maksud "Jakim sedang menggalakkan ekstremisme pada setiap Jumaat dan kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu membanteras ekstremisme di Malaysia".

Bagaimanapun, kenyataan itu telah dipadam setelah mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Empat hari kemudian (Isnin lalu), Paulsen ditahan di Brickfields kira-kira pukul 9 malam.

Kes Paulsen disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

-Bernama
Polis akan serah kertas siasatan Eric pada AG Polis akan serah kertas siasatan Eric pada AG Reviewed by Admin on January 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.