Seo Services

Program Kemasyarakatan Dan Sukan Semarakkan Perpaduan


SADONG JAYA: Program-program kemasyarakatan dan sukan yang melibatkan penglibatan semua golongan masyarakat dalam sesebuah kampung boleh menyemarakkan perpaduan penduduk setempat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hajah Nancy Haji Shukri berkata disamping itu, dengan adanya program-program seperti ini juga boleh merapatkan hubungan silaturahim sesama diri dan mewujudkan suasana ceria dan harmoni.

"Acara sebegini juga boleh kita jadikan plaform untuk mencungkil bakat-bakat baru di kalangan peserta yang sebelum ini tidak pernah kita ketahui sebelum ini," katanya lagi.

Nancy, yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Penangguhan Pertandingan Badminton Beregu Tertutup anjuran Ranting Parti PBB Kampung Semera Lot yang di adakan di Dewan Perpaduan Semera Lot di Kampung Semera Lot petang tadi.

Pertandingan badminton beregu yang julung kali diadakan disini dan telah berakhir dengan beberapa kategori telah dipertandingkan iaitu Veteran (45 tahun ke atas), Belia dan Wanita. 

Pada majlis yang sama, Nancy juga telah merasmikan Dewan Perpaduan Semera Lot yang baharu berkenaan yang telah disiapkan pada awal Disember lepas.

Beliau berkata, penglibatan penduduk kampung dari pelbagai peringkat umur berkumpul beramai-ramai sama ada mereka yang terlibat dengan acara sukan yang dipertandingkan ataupun untuk melihat keramaian yang diadakan di kampung ini dapat menyatukan perpaduan di kalangan masyarakat kampung sekaligus menjadi tempat pertemuan yang boleh merapatkan hubungan silaturahim sesama kita.”

"Dengan adanya dewan baru tersebut saya berharap agar ianya akan menjadi pusat sehenti "perpaduan" di Kampung Semera Lot dan digunakan sepenuhnya untuk merapatkan lagi ukhuwah sesama kita menerusi penganjuran pelbagai aktiviti dan program di kampung ini."

“Selain dapat mempromosikan cara hidup sihat iaitu dengan bersukan dan beriadah, penganjuran acara sukan seperti ini juga dapat merancakkan aktiviti di kampung ini di mana bukan sahaja golongan belia dapat memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti berfaedah, malah golongan veteran dan wanita juga dapat berkumpul dan saling bertemu serta secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada kita untuk sentiasa mengikuti perkembangan penduduk kampung di kawasan ini,' katanya lagi.

"Apa jua masalah yang dihadapi di kalangan kita, dapat dibincangkan bersama untuk mencari jalan penyelesaian maka ambillah peluang ini untuk kita bersama-sama mengambil tahu tentang apa yang berlaku di persekitaran kita agar semua kumpulan masyarakat tidak kira sama ada kita di kategori veteran, belia mahupun wanita dapat saling bantu membantu demi kesejahteraan sesama kita," kata Nancy sambil menambah lebih banyak lagi aktiviti sukan boleh diadakan pada tahun-tahun akan datang."

“Dengan adanya pembabitan golongan belia dalam bersama-sama menjayakan acara sukan sebegini, saya yakin pada tahun hadapan, pelbagai jenis dan acara sukan boleh diadakan dan ini juga secara tidak langsung boleh menjadi platform golongan belia mengasah bakat kepimpinan mereka dalam merancang strategi menarik untuk membolehkan penyertaan yang lebih menggalakkan pada tahun hadapan,“ ujarnya lagi.

"Saya harap golongan belia di kawasan ini lebih aktif dan dapat bersama-sama memikirkan acara-acara dan aktiviti menarik yang lain yang boleh diadakan agar seluruh masyarakat di sini mendapat manfaat daripada penganjuran program akan datang," kata Nancy lagi.

Majlis perasmian dewan telah disempurnakan dengan acara simbolik”tepung tawar” Dewan Perpaduan Semera Lot disertai bersama ADUN sadong Jaya Aidel Lariwoo sebelum menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan badminton beregu.-Sarawakiana
Program Kemasyarakatan Dan Sukan Semarakkan Perpaduan Program Kemasyarakatan Dan Sukan Semarakkan Perpaduan Reviewed by Unknown on January 17, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.