Seo Services

Rasa Sengsara Kerana Terlalu Cantik


Dana Adiva, seorang wanita berasal dari Chicago, AS, mengeluhkan masalah yang datang kerana penampilannya yang cantik. Dia merasa hidupnya diwarnai kesengsaraan kerana dia terlalu cantik. Wanita berusia 21 tahun yang bekerja sebagai ahli gusti profesional ini sukar mendapatkan kekasih dan terpaksa berhenti sekolah sewaktu di kolej lagi kerana kawan-kawannya sering membulinya lantaran kerana cemburu.

Adiva menceritakan kisahnya ini dalam siri dokumentari MTV bertajuk True Lives. Seperti disiarkan oleh The Sun, Adiva bercerita dalam siri dokumentari tersebut, "Saya mendapatkan apa yang saya mahu dan saya diperlakukan layaknya seorang puteri. Saya tak perlu menjadi pintar, kerana saya sudah punya penampilan," tambahnya. Namun, Adiva mengaku penampilannya itu juga menjadi halangan. Di sekolah, banyak lelaki yang tertarik padanya namun dia tidak boleh bersosial dengan pelajar wanita.

"Walaupun saya bayak dapat perhatian dari pelajar lelaki, tapi saya tak boleh bergaul dengan para wanita. Mereka sangat cemburu pada saya, "ujarnya. Saya sering menerima amaran ketika di sekolah. Keadaannya sangat buruk, hingga saya perlu memutuskan untuk berhenti bersekolah," tambahnya.

Adiva mengaku pernah cuba menyembunyikan kecantikannya dengan mewarnai rambutnya dan mengenakan kacamata. Tapi kini dia memutuskan untuk menerima kecantikannya. Bahkan dia tengah berfikir untuk melakukan pembedahan pembesaran payudara. Adiva bukan wanita pertama yang pernah merasakan kesusahan dalam hidup kerana merasa berpenampilan menarik. - Gaban Comel
Rasa Sengsara Kerana Terlalu Cantik Rasa Sengsara Kerana Terlalu Cantik Reviewed by uMieySurianie on January 22, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.