Seo Services

Seramai 2,433 Guru Ditempatkan Di Sarawak Tahun Ini


KUCHING: Seramai 2,433 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 ditempatkan di sekolah rendah dan menengah termasuk di pedalaman di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Serina Sauni menerusi kenyataan akhbar semalam berkata penempatan PPP itu adalah untuk menampung keperluan guru bagi permulaan tahun 2015 di Sarawak.

Beliau menjelaskan bahawa sekolah menengah dan sekolah rendah di Sarawak telah menerima masing-masing seramai 503 orang dan 1,930 orang terdiri daripada kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk menampung keperluan guru bagi permulaan tahun 2015.

“Pelaksanaan penempatan guru baharu menengah kali ini melibatkan kesemua 167 sekolah menengah kebangsaan termasuk 10 sekolah menengah di pedalaman,” katanya.

“Manakala penempatan guru sekolah rendah melibatkan penempatan seramai 459 guru j-QAF dan 1,471 guru akademik ke 1,032 sekolah kebangsaan dan 220 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh Sarawak,” katanya.

Serina berkata guru yang ditempatkan pada Januari 2015 terdiri daripada graduan lulusan IPTA tempatan dan luar negara (program kembar) serta Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara.

“Dalam usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merealisasikan Anjakan 2 PPPM 2013–2025, sekolah menengah di Sarawak juga telah dibekalkan dengan tiga guru opsyen Bahasa Antarabangsa (Bahasa Jerman dan Bahasa Perancis) bagi mengisi keperluan kedua-dua bahasa ini di sekolah-sekolah yang terpilih,” jelasnya.

Justeru, beliau menaruh harapan agar guru terbabit dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berdedikasi dan penuh komitmen dalam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak. - UB
Seramai 2,433 Guru Ditempatkan Di Sarawak Tahun Ini Seramai 2,433 Guru Ditempatkan Di Sarawak Tahun Ini Reviewed by Salfian Nawawi on January 30, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.