Seo Services

Sifar Jenayah Melibatkan Rumah Terjejas Banjir Di Kuching


KUCHING: Tiada kejadian jenayah yang melibatkan rumah-rumah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini telah di laporkan di kawasan Bandaraya Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad menyatakan, pihaknya sentiasa meronda di kawasan-kawasan dimana penduduk telah di arah untuk meninggalkan tempat kediaman untuk dipindahkan di pusat-pusat pemindahan sepanjang musim banjir.

"Setakat ini, kita di Kuching tidak ada menerima sebarang laporan mengenai kes-kes yang melibatkan "orang mengambil kesempatan" ke atas rumah-rumah yang dikosongkan akibat banjir sepertimana yang berlaku di tempat lain," jelasnya lagi.

Beliau di temui pemberita ketika menghadiri Perhimpunan Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching Siri Pertama buat tahun ini di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching di Simpang Tiga di sini pagi tadi.

"Dalam masa rumah-rumah tersebut dikosongkan, kami telah menugaskan anggota-anggota polis untuk berkawal dan mengadakan rondaan di kawasan berkenaan untuk mengawasi harta-benda orang awam."

"Polis telah mengawal dan meronda kawasan-kawasan berkenaan sehinggalah penduduk kembali ke rumah masing-masing dan Alhamdulillah, semuanya selamat dan tiada kejadian yang tidak diingini seperti kecurian dan jenayah berlaku ke atas rumah-rumah mereka."

Ditanya mengenai jumlah anggota polis yang ditugaskan di pusat-pusat pemindahan, di Kuching Roslan menjelaskan, sekurang-kurangnya dua anggota akan ditempatkan di setiap pusat pemindahan namun kini, semua telah kembali bertugas seperti biasa kerana pusat-pusat pemindahan berkenaan telah pun ditutup. - Sarawakiana
Sifar Jenayah Melibatkan Rumah Terjejas Banjir Di Kuching Sifar Jenayah Melibatkan Rumah Terjejas Banjir Di Kuching Reviewed by Salfian Nawawi on January 29, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.