Seo Services

Skuad Hoki Malaysia Meniti Ranjau Sukar

Pusingan akhir Liga Hoki Dunia akan diadakan di India pada 28 November hingga 6 Disember ini.
Enam pasukan terbaik akan layak ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro bersama tuan rumah, Brazil dan lima juara benua.

KUALA LUMPUR: Skuad hoki negara berdepan ranjau berliku apabila beraksi dalam saingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Antwerp, Belgium pada 20 Jun hingga 5 Julai ini.

Antara lawan bakal dihadapi termasuk pasukan nombor satu dunia Australia, Britain, India, Pakistan dan tuan rumah Belgium.

Satu lagi kumpulan pusingan separuh akhir pula membabitkan Argentina, Sepanyol, Jerman, Belanda, New Zealand, Korea Selatan. Ia akan diadakan Buenos Aires dari 3 hingga 14 Jun.

Penyertaan empat lagi pasukan negara hanya dapat diketahui selepas dua lagi baki saingan Pusingan Kedua di Amerika Syarikat dan Afrika Selatan, Mac ini.

Pusingan akhir Liga Hoki Dunia akan diadakan di India pada 28 November hingga 6 Disember ini.

Enam pasukan terbaik akan layak ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro bersama tuan rumah, Brazil dan lima juara benua.-BH
Skuad Hoki Malaysia Meniti Ranjau Sukar Skuad Hoki Malaysia Meniti Ranjau Sukar Reviewed by Unknown on January 29, 2015 Rating: 5

1 comment:

  1. Hoki Malaysia masih mampan dan berjaya membariskan pemain pelapis yang boleh beraksi dipentas dunia. Cuma persaingan diperingkat dunia kita berdepan masalah permainan fizikal serta serangan taktikal untuk menghasilkan gol padang dan gol-gol penalti yang menggerunkan lawan .
    Pasukan kelas dunia sepertiman tersenarai satu kumpulan dengan Malaysia terkenal dengan permainan pantas, hantaran jarak dekat dan jauh yang accurate dan tahu manfaatkan tempoh masa perlawanan dengan mengatur gerakan atau memberikan tekanan kepada pasukan lawan.
    Kekuatan stamina dan kecergasan 100% setiap pemain kebangsaan adalah faktor penentu kebolehan pemain mengharungi kejohanan hoki dunia yang rata-rata dibarisi pasukan yang sebekum ini rekod pertemuan yang banyak memihak pasukan lawan.

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.