MANJUNG (PERAK): Suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan di rumah setinggan Batu Dua, Bintulu, Sarawak pada minggu lepas telah berjaya ditangkap polis di Manjung, Perak petang tadi.
Suspek, Jenat Liom atau dikenali sebagai Petrus berusia 34-tahun ditangkap diperkarangan Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung lebih kurang jam 6:15 petang.
Sumber Sarawakiana memaklumkan, suspek yang tiba di IPD Manjung untuk membuat penafian beliau dalam kes tersebut setelah polis mengeluarkan gambar dan namanya kerana dipercayai terbabit dalam satu kes pembunuhan.
Dalam kejadian lebih kurang jam 7 malam pada 18 Januari 2015, suspek, dipercayai telah meluru masuk ke dalam sebuah rumah sebelum menyerang serta menetak bahagian kanan leher seorang mangsa yang berusia 38 tahun hingga mati.
Suspek juga telah dipercayai dalam keadaan mabuk kemudiannya mencederakan anak tiri perempuan mangsa yang cuba membantu mangsa dan menetak menantu lelaki mangsa yang cuba lari keluar dari rumah tersebut.
Suspek, yang beralamat terakhir di TR Jamu, Nanga Seridan Tinjar, Baram, Sarawak akan dibawa ke mahkamah dalam masa yang terdekat ini untuk mendapatkan tahanan reman bagi membantu siasatan.
Polis yang mempercayai kes tersebut adalah bermotifkan dendam telah mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kes bunuh dan akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Sarawakiana
Suspek Kes Bunuh Di Bintulu Ditangkap Di Perak
Reviewed by Salfian Nawawi
on
January 24, 2015
Rating:

No comments: