Seo Services

Warga Afrika Edar Dadah Dihukum Gantung

 
GEORGETOWN: Seorang pengawal keselamatan warga Afrika dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, atas tuduhan mengedar dadah dua tahun lalu.

Hakim Datuk Nordin Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Deon Jacobus Alfred Cornelius, 28, selepas tertuduh didapati bersalah mengedar 1.9 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamin di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada 4 Oktober 2013.

Nordin dalam hujah penghakimannya, berkata pihak pembelaan didapati gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

"Mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan dengan ini mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap tertuduh," katanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zuraidah Zakaria, sementara tertuduh diwakili Hussaini Abdul Rashid.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.-BH
Warga Afrika Edar Dadah Dihukum Gantung Warga Afrika Edar Dadah Dihukum Gantung Reviewed by Unknown on January 22, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.