Seo Services

Adenan Satem Lakukan Yang Terbaik Buat BN Di Sarawak - Muhyiddin


KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mempunyai kad laporan yang sangat baik untuk ditunjukkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sejak beliau mengambil alih kepimpinan negeri ini pada 28 Feb tahun lepas.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis berkata sokongan rakyat negeri ini kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) "adalah sangat baik."

Bercakap pada sidang akhbar di sini, beliau berkata terdapat sambutan amat menggalakkan terhadap dasar dan pendirian tegas Adenan mengenai isu-isu seperti membanteras rasuah dan pembalakan haram.

"Saya harap trend ini akan berterusan sehinggalah Sarawak mengadakan pilihan raya negeri akan datang, yang tarikhnya bakal ditentukan Najib dan Adenan," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN.

Mengenai lawatan dua harinya bermula hari ini, beliau berkata ia bertujuan meninjau keadaan di negeri ini.

"Pagi ini saya berbincang dengan Adenan dan pemimpin parti-parti komponen BN negeri mengenai persiapan pilihan raya negeri akan datang.

"Kami mahu memastikan bahawa semua janji mengenai projek-projek yang dibuat pada pilihan raya umum dan negeri dilaksanakan secepat mungkin terutamanya yang telah ditangguhkan.

"Saya ingin menegaskan bahawa ini adalah komitmen kerajaan BN," kata Muhyiddin.

"Sudah tentu, akan ada masalah teknikal, masalah kontraktor yang menyumbang kepada kelewatan (dalam pelaksanaan projek bekalan air, projek bekalan elektrik dan air luar bandar serta sekolah dan pembinaan jalan raya raya serta lain-lain).

"Kami hari ini bersetuju meminta semua wakil negeri dipilih untuk mengemukakan senarai projek tertunda mereka kepada kerajaan negeri dan kepada Sekretariat BN Persekutuan. BERNAMA
Adenan Satem Lakukan Yang Terbaik Buat BN Di Sarawak - Muhyiddin Adenan Satem Lakukan Yang Terbaik Buat BN Di Sarawak - Muhyiddin Reviewed by Unknown on February 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.