Seo Services

SDH HUS Menjadi Model SDH Di Malaysia




KUCHING: Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Hospital Umum Sarawak (HUS) yang telah memulakan operasinya pada 23 September 2014 merupakan yang terbesar setakat ini, dan dianggap sebagai model SDH hospital di Malaysia dari segi keluasan dan kelengkapan.

Puan Seri Noorainee Abdul Rahman, isteri kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, SDH HUS merupakan pelaksanaan SDH Malaysia fasa yang ke-empat dan lokasi ke-13 SDH di negara ini.

"Dalam tempoh tiga minggu prsekolahan sahaja, dari 11 hingga 30 Januari 2011, SDH ini telah mencatat 267 kehadiran, iaitu antara jumlah kehadiran tertinggi SDH negara ini bagi bulan Januari."

"Dengan keluasan lebih daripada 3,000 kaki persegi, SDH HUS terbahagi kepada tiga runag iaitu prasekolah, sekolah rendah dan menengah di samping merupakan satu-satunya SDH yang mempunyai kelengkapan Bilik Multi Sensori bagi pelajar berkeperluan khas."

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa mengadakan lawatan ke SDH HUS, Kuching di sini sebentar tadi.

"Kunjungan ke HUS sangat bermakna baginya dan jawatankuasa Projek Hati Nurani kerana ia menandakan satu lagi impian yang menjadi kenyataan, impian membawa Sekolah Dalam Hospital menyeberang laut Cina Selatan ke Bumi Kenyalang," kata Noorainee lagi.

Mengakui bahawa cabaran yang dipikul telah ditempuhi dengan penuh iltizam kerana Sarawak adalah lokasi yang unik memandangkan secara geografinya amat luas dan mempunyai 11 bahagian yang jaraknya amat jauh antara satu sama lain, Norainee berkata sebab itulah beliau datang ke SDH HUS sendiri untuk mengetahui sendiri pelaksanaannya hari ini.

"Adalah menjadi harapan saya agar sekolah ini bukan sahaja terbaik dari segi kemudahan fizikalnya, tetapi turut menjadi yang terbaik dari segi kualiti pengajaran dan pembelajaran,' katanya lagi.

Beliau berkata, pada tahun pertama pertubuhan SDH di tiga hospital perintis iaitu Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang dan Hospital Ampang dan Hospital Serdang, kira-kira 3,000 kehadiran murid dicatatkan.

"Dari Julai 2011 hingga Januari 2015, lebih 65,000 kehadiran murid pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah dicatat di kesemua 13 SDH di seluruh negara," katanya.

Jelas Noorainee lagi, kunjungan ke HUS sangat bermakna kerana ia menandakan satu lagi impian menajdi kenyataan, iaitu untuk membawa SDH menyeberang Laut Cina Selatan ke Bumi Kenyalang.

Antara dif-dif kenamaan yang menemani Norainee sepanjang lawatan beliau di HUS adalah Datin Patinggi Puan Sri Hajah Jamilah Anu iaitu isteri kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem dan Menteri Wanita, Kebajikan dan pembangunan Keluarga Datuk Hajah Fatimah Abdullah.

Terdahulu, Norainee tiba di Sarawak pada sebelah pagi bersama suaminya yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dalam lawatan rangka-kerja selama dua hari di sini. - Sarawakiana

SDH HUS Menjadi Model SDH Di Malaysia SDH HUS Menjadi Model SDH Di Malaysia Reviewed by uMieySurianie on February 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.