Seo Services

Aplikasi Gabungan Sains Asas Meningkatkan Pengeluaran Air Bersih



SADONG JAYA: Tapak Mini Loji Penyahgaraman Air Laut di Sadong Jaya yang dibina oleh sekumpulan penyelidik dari UNIMAS dimana projek penyelidikan penyahgaraman telah dimulakan pada tahun 2011 di makmal Fakulti Kejuruteraan dan ia telah mengambil tempoh kira-kira tiga tahun untuk mencapai matlamatnya.

Teknologi proses rawatan ini yang merupakan aplikasi gabungan asas sains, bahan-bahan asli dan sains kesihatan telah diuji terdahulu di pelbagai lokasi di Sarawak dan Kelantan.

Ahad lalu, Ahli Parlimen Batang Sadong Hajah Nancy Shukri dan Ahli Dewan Undangan Negeri  Sadong Jaya Aidel Lariwoo telah berserta dengan Dekan Fakulti Kejuruteraan Profesor Madya Dr Al-Khalid Othman dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan Profesor Madya Dr Syed Tarmizi Syed Shazali melawat ke tapak projek tersebut.

Difahamkan, rombongan tersebut telah telah diberi satu taklimat khas sebelum dibawa melihat proses pengambilan air garam, reactor-bio dan proses pengeluaran air bersih serta  proses pengeluaran dan keupayaan loji berkenaan disampaikan oleh Prof Madya Dr Shahidul Islam. 
Kaedah ini adalah mesra alam kerana tidak ada bahan kimia yang digunakan dalam proses pengeluaran.-Sarawakiana
Aplikasi Gabungan Sains Asas Meningkatkan Pengeluaran Air Bersih Aplikasi Gabungan Sains Asas Meningkatkan Pengeluaran Air Bersih Reviewed by Unknown on February 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.