Seo Services

Ahli Keluarga Sokong Keputusan Bruce Jenner Tukar Jantina


Keputusan Bruce Jenner, 65, untuk melakukan pembedahan menukar jantina nampaknya mendapat seratus peratus restu daripada ahli keluarga Jenner dan juga Kardashian.

Malah keputusan itu turut disokong penuh oleh bekas isterinya, Kris Jenner dan juga anak tirinya, Kim Kardashian.

“Saya rasa semua orang melalui pelbagai rintangan dan cabaran dalam kehidupan dan saya rasa sudah sampai masa untuk Bruce berkongsi apa yang dirasakan perlu dalam kehidupannya dengan kita semua,” kata Kim mengulas mengenai perkara tersebut.

Menurut sumber People, Bruce juga akan merekodkan perjalanan perubahannya daripada seorang lelaki ke seorang wanita menerusi satu siri dokumentari yang bakal ditayangkan pada tahun ini juga.

Bruce, bekas atlit Olimpik berkahwin dengan Kris pada 1991 dan hasil perkahwinan mereka memperolehi dua anak perempuan, Kendall dan Kylie yang turut sama terlibat dalam program realiti Keeping Up With The Kardashians.

Bruce dan Kris berpisah pada Disember tahun lalu.

sumber
Ahli Keluarga Sokong Keputusan Bruce Jenner Tukar Jantina Ahli Keluarga Sokong Keputusan Bruce Jenner Tukar Jantina Reviewed by Unknown on February 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.