Seo Services

Ajax Tumpas 1-0, Ketinggalan 12 Mata Di Belakang PSV



AMSTERDAM: Ajax ditimpa kekalahan kali kedua dalam tempoh seminggu apabila tewas 1-0 di gelanggang sendiri ketika menentang AZ Alkmaar pada saingan Liga Belanda, awal pagi tadi.

Kekalahan itu menyebabkan tumpuan Ajax untuk merangkul gelaran kelima berturut-turut semakin pudar.

Anak didik Frank de Boer itu kini ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu, PSV Eindhoven.

Ajax terpaksa bermain dengan 10 orang pada minit ke-62 apabila Niklas Moisander dibuang padang selepas mengasari penyerang, Aron Johansson ketika pemain itu dalam posisi untuk menjaringkan gol.

Johansson tidak mensia-siakan peluang keemasan 14 minit kemudian dan menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan.

PSV yang bermain dengan 10 orang pada kelmarin menewaskan NAC Breda 2-0 selepas pemain pertahanan, Jetro Willems dibuang padang pada minit pertama akibat terjahan keras ke atas Gill Swerts. - AP
Ajax Tumpas 1-0, Ketinggalan 12 Mata Di Belakang PSV Ajax Tumpas 1-0, Ketinggalan 12 Mata Di Belakang PSV Reviewed by Unknown on February 06, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.