Seo Services

Anwar Ke Penjara Hari Ini


Mahkamah Persekutuan tengahari tadi memutuskan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan terhadap Anwar Ibrahim kerana disabit kesalahan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu kekal.

Penghakiman itu dirumuskan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai lima anggota panel hakim, membuat keputusan tersebut kerana mengambilkira terdapat bukti kukuh bahawa Saiful diliwat, justeru itu rayuan terhadap sabitan itu ditolak.

Hujahnya, Anwar tidak mempertikaikan bahawa beliau berada di kondominium tempat kejadian didakwa berlaku dan dia juga tidak mempertikaikan keberadaan Saiful di situ dan “tiada merit” bagi dakwaan terdapat konspirasi politik dalam kes itu.

“Penafian semata-mata daripada Anwar tidak boleh diterima. (Dakwaan) konspirasi politik kekal tidak berasas,” katanya.

Sebentar tadi, Astro Awani melaporkan penyokong Anwar yang dianggarkan lebih kurang 1,000 orang yang pada mulanya berhimpun di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya mula bergerak ke bahagian bangunan tersebut untuk bertemu dengan Anwar sebelum beliau dihantar ke Penjara Sungai Buluh, petang nanti. - Sarawakiana
Anwar Ke Penjara Hari Ini Anwar Ke Penjara Hari Ini Reviewed by Salfian Nawawi on February 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.