Seo Services

Blind Penyelamat Man United Seri Dengan West Ham 1-1


LONDON: Gol daripada Daley Blind pada minit terakhir permainan membantu Manchester United bangkit untuk seri 1-1 ketika menentang West Ham di Upton Park, awal pagi ini.

Apa pun, pencapaian ini gagal membantu anak didik Louis Van Gaal memintas Southampton ke tempat ketiga Liga Perdana Inggeris.



Penyudah hebat Cheikhou Kouyate memberikan West Ham gol pendahuluan pada minit ke-49 selepas dia mengawal bola hasil sepakan percuma Mark Noble sebelum merembat masuk membocori gawang pelawat.

Gol itu satu ketika memberi bayangan West Ham mampu mengutip semua mata sebelum Blind merembat masuk gol penyamaan selepas Marcus Rojo menolak bola masuk ke kotak penalti.



Pemain pertahanan United, Luke Shaw dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit-minit terakhir perlawanan. - AFP
Blind Penyelamat Man United Seri Dengan West Ham 1-1 Blind Penyelamat Man United Seri Dengan West Ham 1-1 Reviewed by Unknown on February 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.