Seo Services

Sarawak Contoh Terbaik Perpaduan Dan Keharmonian Kaum


KUCHING: Sarawak contoh terbaik kepada perpaduan dan keharmonian kaum meskipun mempunyai rakyat pelbagai kaum dan agama, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah.

Oleh itu katanya, kelebihan tersebut harus dipertahankan dan menjadikannya asas kukuh untuk kepentingan generasi muda.

“Walaupun wujud kepelbagaian ini, ia apa yang kita mahukan untuk anak-anak, dengan itu mereka dapat membesar dalam suasana gembira, harmoni di Sarawak. Kita tidak bertoleransi dengan ektremis,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Festival Tarian Singa Emas Nanyang Wushu dan Majlis Simbolik Menitik Mata Singa di Crown Towers di sini malam kelmarin (Sabtu).

Justeru, beliau memuji usaha Nanyang Wushu mempromosikan keharmonian kaum dalam kalangan pelajar kerana ia menerima kaum lain dan mengajar mereka budaya Cina.

“Kanak-kanak membesar untuk menghormati antara satu sama lain kerana mereka dapat mempelajari budaya serta agama satu sama lain semasa berinteraksi di dalam kelas.

“Wushu juga mengajar mereka erti kesungguhan, disiplin, cara mempertahankan diri dan membantu mereka membesar dengan sihat.

“Kita perlukan generasi muda yang mempunyai ketahanan diri kerana mereka berdepan banyak cabaran berbeza dari semasa ke semasa,” katanya.

Sehubungan itu beliau mengumumkan pemberian geran RM5,000 di bawah geran projek kecil luar bandar (MRP) sebagai tanda sokongan kepada aktiviti serta usaha Nanyang Wushu.

Sementara itu, Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat menggesa rakyat agar terus memberi sokongan kepada kerajaan pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Kerajaan ujarnya, tidak akan meminggirkan mana-mana kaum atau pihak dalam aspek pendidikan dan kebajikan.

“Tidak ada kanak-kanak di Sarawak dipinggirkan daripada pendidikan.

“Kerajaan kita adalah kerajaan yang mementingkan aspek pendidikan, kebajikan dan perpaduan.

“Oleh itu tidak ada sebab untuk rakyat tidak menyokong kerajaan,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Persekutuan Nanyang Wushu Negeri Sarawak Profesor Dato Sri Dr Song Swee Hee berkata sambutan perayaan utama seperti Tahun Baharu Cina mempamerkan perpaduan kaum yang dicemburui negara lain.

“Dalam Nanyan Wushu, kami mengalu-alukan penyertaan pelbagai kaum.

“Kami berharap ia dapat mempromosikan keamanan dan keharmonian serta semangat bekerja sama dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia.


“Ini kerana kami percaya nilai-nilai tersebut harus dikekalkan terutama dalam kalangan belia yang bakal menjadi pemimpin masa depan,” kata Song. - UB
Sarawak Contoh Terbaik Perpaduan Dan Keharmonian Kaum Sarawak Contoh Terbaik Perpaduan Dan Keharmonian Kaum Reviewed by JANUARIUS on February 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.