Seo Services

Sarawak Sasar Capai Negeri Termaju 2030


SRI AMAN: Sarawak menyasarkan mencapai status negeri termaju di Malaysia menjelang 2030, kata Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Menurutnya, tiga agenda utama kerajaan ialah menguatkan ilmu pengetahuan modal insan, menggunakan segala sumber asli negeri ini dan mempunyai pendirian teguh dari segi perpaduan.

“Sekiranya rakyat bersatu, berganding bahu bersama pemimpin dan kerajaan serta mengaplikasikan tiga agenda utama itu nescaya kita mampu jadi negeri termaju pada 2030,” katanya pada Majlis Jalinan Mesra dan Mesyuarat Agung Persatuan Persaudaraan Melayu Sri Aman-Betong di sini semalam.

Jelasnya, ketika ini kita berada pada tahun terakhir Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dan kita akan mencapai status negara maju menjelang 2020.

“Menjelang RMK-11 banyak perancangan negeri ini termasuk pembangunan insfrastruktur untuk rakyat di sini.

“Kerajaan juga menaik taraf Kubu Alice di sini, menambah laluan Tebingan Batang Lupar, Town Square ditambah baik dan menghubungkan Sri Aman dan Lingga yang berpotensi dibangunkan sebagai kawasan pertanian di Sarawak,” katanya.

Justeru, kejayaan itu bergantung kepada sokongan rakyat kepada kerajaan bagi memastikan setiap projek dirancang akan tercapai.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri, Yang Dipertua Persatuan Persaudaraan Melayu Sri Aman-Betong Dr Zulwali Kifli Merawi serta bekas ADUN Saribas Dr Wahbi Junaidi.

Pada majlis itu, Abang Johari menyampaikan geran RM10,000 kepada persatuan itu dan turut mengumumkan peruntukan pada tahun akan datang kepada persatuan itu berjumlah RM20,000.


Abang Johari turut menyampaikan insentif murid-murid cemerlang kepada seramai 20 anak-anak ahli persatuan. - UB
Sarawak Sasar Capai Negeri Termaju 2030 Sarawak Sasar Capai Negeri Termaju 2030 Reviewed by JANUARIUS on February 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.