Seo Services

Jangan Terpengaruh Dengan Mainan Isu Agama Oleh Pembangkang


KUCHING: Rakyat Sarawak dan Sabah diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan mainan isu agama oleh pakatan pembangkang pada waktu pilihan raya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata rakyat di kedua-dua negeri itu sudah cukup matang dan tahu untuk memilih pemimpin tanpa terpengaruh dengan isu agama.

“Saya yakin rakyat Sarawak dan Sabah matang untuk menilai siapakah yang mereka nak pilih untuk dijadikan wakil rakyat dan juga kerajaan yang memerintah…tidak perlu melihat dari segi agama,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas kenyataan PAS yang mendedahkan bahawa DAP mungkin akan menggunakan isu agama pada pilihan raya nanti.

Dalam pada itu, Shafie menyifatkan DAP sebagai hanya pandai bercakap dengan mempengaruhi masyarakat menerusi ceramah.

“Mereka buat beberapa batang jalan sahaja serta tangki air dan heboh satu dunia sedangkan hakikatnya kerajaan telah membuat lebih besar daripada itu.

“Saya berharap masyarakat akan mengambil perhatian serta mengambil tahu perkara ini dan jangan hanya mendengar ceramah DAP,” katanya.

Sementara itu, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata tindakan DAP yang cuba menimbulkan isu agama adalah tidak wajar dan boleh menjejaskan perpaduan masyarakat khususnya di negeri ini.

“Kalau pembangkang nak jadikan agama sebagai isu, kita nak tanya di mana pendirian mereka sebagai pakatan yang tidak pun sepakat.
“Mereka adalah orang yang tidak bertanggungjawab dan hanya akan memecahbelahkan kita.

“Kita di Sarawak harus memastikan perpaduan yang dikecapi selama ini dipertahankan,” katanya. - UB
Jangan Terpengaruh Dengan Mainan Isu Agama Oleh Pembangkang Jangan Terpengaruh Dengan Mainan Isu Agama Oleh Pembangkang Reviewed by Salfian Nawawi on February 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.