Seo Services

Cari Ipod Jumpa Pistol, Budak 3 Tahun Tembak Ibu Bapa


New Mexico – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun telah menembak bapa dan ibunya yang sarat mengandung selepas menemui pistol 9mm di dalam beg tangan ibunya ketika dia mencari iPod.

Selepas menemui pistol terbabit, kanak-kanak tersebut terus menembak satu das tembakan secara tidak sengaja ke arah Justin Reynolds dan Monique Villescas.

Peluru tersebut terkena punggung bapanya sebelum menembusi paha dan kemudian terkena bahu ibunya.

Mereka dikejarkan ke hospital. Meskipun kedua-duanya stabil namun kecederaan Villescas disifatkan sebagai serius.

Insiden tembakan berkenaan merupakan yang terbaru melibatkan kanak-kanak hingga menyebabkan kecederaan di Amerika Syarikat.

Bulan lepas di Missouri, seorang kanak-kanak berusia lima tahun telah tertembak mati adiknya yang berusia sembilan bulan selepas menemui pistol datuknya di rumah mereka.

Sementara di Idaho pula, seorang ibu meninggal dunia selepas anaknya yang berusia dua tahun telah mengambil pistol ibunya dalam beg tangan sebelum menembak, juga secara tidak sengaja ke arah wanita berkenaan. - MYNEWSHUB
Cari Ipod Jumpa Pistol, Budak 3 Tahun Tembak Ibu Bapa Cari Ipod Jumpa Pistol, Budak 3 Tahun Tembak Ibu Bapa Reviewed by uMieySurianie on February 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.