Seo Services

Ismail Sabri Anggap Isu Boikot Peniaga Selesai


KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menganggap isu boikot peniaga yang mencetuskan sentimen perkauman selesai.

Beliau berkata fokus utama yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak masa kini adalah menurunkan harga barang untuk kepentingan rakyat dan bukannya isu perkauman.

“Bagi saya, saya anggap isu itu selesai. Kabinet sudah buat keputusan dan mahu kita bergerak ke hadapan…saya dan YB Liow (Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai) bersetuju supaya kita hentikan perkara ini kerana ia tidak menguntungkan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Jihad Membasmi Orang Tengah dan Penurunan Harga Barang di sini hari ini anjuran Pasaraya Syes.

Menyentuh perkara lain, beliau mahukan penggunaan orang tengah untuk barangan berasaskan pertanian dihentikan bagi memastikan peniaga menjualnya dengan harga lebih murah.

“Usaha untuk mengurangkan kebergantungan orang tengah bukan mudah memandangkan ia sudah menjadi budaya hidup kepada pengeluar.

“Namun kementerian ada menyediakan alternatif termasuk menyalurkan produk pengeluar kepada agensi berkaitan seperti FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) untuk dipasarkan,” katanya. – Bernama
Ismail Sabri Anggap Isu Boikot Peniaga Selesai Ismail Sabri Anggap Isu Boikot Peniaga Selesai Reviewed by Unknown on February 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.