Seo Services

Kenyataan Penuh Pemuda PBB Berhubung Isu MRSM

Sarawak adalah negeri yang sekian lama mempertahankan semangat toleransi yang tinggi antara kaum dan menjadikan keharmonian kaum sebagai teras utama perpaduan di kalangan rakyatnya.

Selain itu, perlu difahami bahawa Perkara 3 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa Agama Islam merupakan agama rasmi tetapi agama lain boleh diamalkan secara aman dan damai di negata ini. Maka secara langsungnya, panduan MRSM adalah berlandaskan perkara 3 yang tidak langsung menganggu gugat amalan agama lain. Malah belum pernah ada sebarang tindakan drastik dari pihak MRSM sebagaimana yang dikhuatiri oleh pihak pembangkang.

Namun isu tersebut terus dijadikan polemik demi untuk menarik perhatian rakyat oleh pihak-pihak tertentu. Mereka merasakan isu agama atau kaum adalah yang paling mudah laris untuk dijaja, dan mudah mendapat perhatian masyarakat.

Terbaru, isu kemasukan pelajar ke MRSM yang dibangkit agak mengejutkan. Sedangkan sejak ditubuhkan pada 1972, MRSM telah melahirkan lebih 100 ribu graduan yang terdiri dari rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

Bahkan pernah ada pengetua dan timbalan pengetua MRSM yang terdiri dari kaum cina, portugis dan kadazan.

Guru-guru di MRSM juga terdiri dari pelbagai kaum seperti cina, india dan bumiputra bukan islam sabah dan sarawak. Maka tidak wujud isu pengasingan kaum dan agama di MRSM.

Samada pelajar mahupun kalangan guru-guru, mereka semua memahami dan menghormati amalan setiap agama di MRSM. Tidak pernah ada isu seumpamanya selama lebih 40 tahun kewujudan MRSM.

Tidak pernah ada arahan MRSM, untuk menghalang pelajar bukan islam mengamal agama masing-masing didalam batas tertentu.

Hanya Pembangkang yang sengaja mempolemikkan isu kaum dan agama untuk dijadikan propaganda politik mereka.

Sebagai rakyat Sarawak, sepatutnya sama-sama menjaga sensitiviti kaum di negeri ini bukan mengambil kesempatan untuk mengeruhkan keadaan.

Ini bukanlah kali pertama pembangkang memainkan isu agama dan kaum untuk menarik perhatian rakyat.

Justeri itu, Pergerakan Pemuda PBB negeri Sarawak yang terdiri dari pelbagai kaum berasa kesal dan mengecam permainan politik Pembangkang yang tidak henti-henti menjadikan isu kaum dan agama sebagai alat politik dan menyokong segala usaha untuk memperkukuhkan keharmonian dan perpaduan kaum seperti yang telah disarankan oleh YAB Ketua Menteri kita.

Pergerakan Pemuda PBB Negeri Sarawak
9 Februari 2015
Kenyataan Penuh Pemuda PBB Berhubung Isu MRSM Kenyataan Penuh Pemuda PBB Berhubung Isu MRSM Reviewed by Admin on February 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.