Seo Services

Kerana Hina Janggut, Lelaki Ajak Pengikut Anwar Bertumbuk



PUTRAJAYA: Para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhimpun di hadapan Istana Kehakiman sejak awal pagi tadi berang dengan tindakan seorang lelaki yang secara lantang mengesa agar Ketua Pembangkang itu bersumpah.

Tidak tahan dengan tindakan lelaki tersebut para penyokong Anwar dilihat mula melemparkan kata-kata kesat dan menghalaunya agar segera meninggalkan kawasan tersebut.

“Keluar dari sini, tak ada orang yang pelawa.

“Yang tak halal, jangan hang tu… dia ni penipu, pengecut dan bacul” ujar kumpulan yang dipercayai penyokong Anwar itu.

Marah dengan kata-kata kesat yang dilemparkan, lelaki tersebut segera mengajak para pengikut Anwar untuk bertumbuk.

Individu yang tidak dikenali itu dikatakan salah seorang pengikut kumpulan tabligh.

Keputusan rayuan terakhir bagi kes perbicaraan Liwat II membabitkan Anwar terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan berlangsung hari ini di Mahkamah Persekutuan, disini.

Anwar berdepan tuduhan meliwat bekas pembantunya dan hari ini penentu samada keputusannya tentang rayuan terakhir untuk Anwar mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadapnya bagi pertuduhan itu.-SuaraTV


Kerana Hina Janggut, Lelaki Ajak Pengikut Anwar Bertumbuk Kerana Hina Janggut, Lelaki Ajak Pengikut Anwar Bertumbuk Reviewed by Unknown on February 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.