Seo Services

Polis Jumpa 60 Mayat Diawet


ACAPULCO – MEXICO: Pihak berkuasa tempatan menemui sekurang-kurangnya 60 mayat yang diawet sempurna di sebuah rumah pembakaran mayat yang terletak di Acapulco, Mexico.

Memetik laporan daripada Metro.co.uk, rumah mayat itu telah ditutup sejak dua tahun lalu dan tidak pernah digunakan sehingga kini.

Menurut pihak berkuasa, pihaknya melakukan serbuan ke rumah tersebut pada Khamis lalu dan antara yang ditemui termasuk mayat wanita, lelaki dan kanak-kanak.

“Walaupun mereput, kesemua mayat ditemui masih dalam keadaan sempurna.

Ketua Pendakwa Guerrero, Miguel Angel Godinez berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan agensi persekutuan dan Interpol untuk mencari pemilik rumah mayat tersebut, Guillermo Estua Zadai.

“Ini mungkin satu penipuan yang dilakukan oleh Gullermo terhadap saudara mara si mati. Mereka semua mungkin menyangka si mati telah dibakar, namun sebenarnya mayat mereka tidak dibakar dan ditinggalkan di sini untuk tujuan tertentu,” katanya lagi.

Kesemua mayat yang ditemui berbungkus dengan kain putih dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan.

Polis melakukan serbuan ke atas rumah berkenaan berikutan laporan aduan daripada jiran yang mengadu menghidu bau busuk sejak dua hari sebelumnya. -SuaraTV
Polis Jumpa 60 Mayat Diawet Polis Jumpa 60 Mayat Diawet Reviewed by Unknown on February 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.