Seo Services

Wan Zulkiflee Wan Ariffin Presiden Petronas Yang Baharu

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin akan dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas yang baharu berkuatkuasa 1 April 2015 sehingga 31 Mac 2018.
Ini merupakan satu sejarah penting kepada Petronas kerana Wan Zulkiflee merupakan tenaga dalaman Petronas yang telah lama berkhidmat dan memahami selok belok pengurusan syarikat Petroleum Nasional ini.
Wan Zulkiflee berpengalaman luas dalam industri petroleum negara. Beliau adalah Ketua Pegawai Operasi Petronas serta Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Hiliran (Downstream). Selain itu, Datuk Wan Zulkiflee juga adalah Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd dan Petronas Dagangan Bhd.
Berdasarkan latar belakang pembabitan beliau dengan Petronas, ramai percaya Wan Zulkiflee mempunyai kelayakan serta pengalaman yang mencukupi untuk membawa kejayaan berterusan kepada Petronas.
Beliau akan menggantikan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas yang tamat kontrak perkhidmatannya pada hari ini. Namun, perkhidmatan Tan Sri Shamsul akan disambung dari 10 Februari 2015 sehingga 31 Mac 2015.
Mohd Najib dalam kenyataan media sebentar tadi menyatakan Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Shamsul di atas sumbangan beliau kepada Petronas sejak memegang jawatan ini pada tahun 2010. Beliau telah berkhidmat dengan syarikat minyak dan gas ini sejak tahun 1975 dan telah memegang beberapa jawatan kanan pentadbiran.
“Dengan pengetahuan dan pengalaman Tan Sri Shamsul yang luas di dalam bidang ini, saya harap beliau akan terus menyumbang kepada pembangunan negara terutamanya dalam bidang tenaga yang sangat penting kepada pembangunan negara.” - MYKMU
Wan Zulkiflee Wan Ariffin Presiden Petronas Yang Baharu Wan Zulkiflee Wan Ariffin Presiden Petronas Yang Baharu Reviewed by JANUARIUS on February 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.